Petronas ROVR - stesen pengisian bahan api mudah alih

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Petronas baharu sahaja melancarkan fasiliti pengisian bahan api mudah alih ROVR, disasarkan kepada kawasan-kawasan utama yang tidak mempunyai stesen minyak tersendiri. 

Menggunakan lori-lori yang diubahsuai, ROVR mampu beroperasi sebagai sebuah stesen minyak mudah alih sekaligus memudahkan para pengguna mengisi bahan api Petronas tanpa perlu memandu jauh.

Lori ROVR mampu membawa muatan bahan api berjumlah 4,000 liter sehingga 11,000 liter mengikut permintaan, terutama kepada pengguna perusahaan. 

Solusi ROVR ini juga turut disasarkan kepada syarikat-syarikat pengendali fleet kenderaan bagi menjimatkan masa di dalam pengurusan pengisian bahan api. 
 


Petronas dijangka akan memperluaskan lagi penawaran ROVR ini di kawasan-kawasan seluruh negara menjelang penghujung tahun 2019.

Sumber: Petronas ROVR menerusi Amanz.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…