Petronas rai gelaran kelima World Constructors' Championship bersama Valtteri Bottas

oleh Mohamad Hanif|
Petronas meraikan gelaran kelima berturut-turut World Constructors' Championship bersama pemandu pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport, Valtteri Bottas di Menara Berkembar Petronas semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bottas memainkan peranan penting dalam memastikan Mercedes membawa pulang gelaran juara F1 pada tahun ini di Abu Dhabi. 

Silver Arrows memutuskan pasukan Petronas-AMG untuk menjadi pasukan kedua yang memenangi lima kejuaraan berganda berturut-turut selepas kejayaan Lewis Hamiltan di Mexico, menyamai rekod yang dibuat oleh Ferrari pada tahun 2000-2004. 

Positif dengan kerjasama antara pasukan dengan Petronas, beliau berkata, "teknologi Petronas merupakan tunjang utama kepada jentera perlumbaan kami, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Petronas atas dedikasi dan kerja kuat mereka yang menyumbang kepada kejayaan kami."
 


Sebagai rakan penaja dan teknikal, Petronas saling bekerjasama dengan pasukan untuk membangunkan bahan api, pelincir dan bendalir yang lebih berkesan dan semenjak pengenalan unit kuasa hibrid pada tahun 2014, Petronas dan Mercedes telah memenangi lima kejuaraan berganda, ditambah kepada jumlah keseluruhan 74 kemenangan Gran Prix di dalam 100 perlumbaan, selain meraih 84 kedudukan teratas dan 221 buah trofi. 

Mengulas kejayaan World Constructors' Championship, Presiden dan CEO Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin mengucapkan tahniah kepada pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport, dan berasa amat berbangga menjadi rakan penting dalam membina pencapaian yang signifikan itu. 

"Petronas komited untuk membawakan kecemerlangan litar tersebut kepada kegunaan jalan raya, dan memastikan teknologi terkini kami mampu digunakan oleh para pelanggan setia kami," ujar beliau. 

Selain daripada itu, kejayaan pasukan tidak bermakna tampa bantuan daripada pasukan penyelidik di dalam Petronas trackside laboratory. 
 


Fasiliti tersebut mampu memberikan analisis daripada bahan api Petronas PRIMAX dan pelincir Petronas SYNTIUM untuk memeriksa tahap prestasi enjin, penting untuk prestasi Mercedes W09 EQ Power+. 

Menurut ketua pasukan dan CEO Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport, Toto Wolff mengucapkan penghargaan kepada pasukan Petronas atas sumbangan mereka kepada kejayaan yang diperoleh. 

"Berdasarkan cara kami menguruskan masalah yang dihadapi, dibantu dengan kerjasama pasukan yang terbaik, ia merupakan contoh yang menjadikan Mercedes dan Petronas sebuah kolaborasi yang cukup hebat untuk tahun kebelakangan ini.

"Pantas berfikir, solusi yang bijak dan kerjasama pasukan yang sangat luar biasa!" ujar beliau. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada zamannya, F40 merupakan model paling berkuasa yang dihasilkan oleh Ferrari, ia dikuasakan…
Berita Domestik
PETRONAS Lubricants International dengan kerjasama Despark International College telah merangka…
Sukan Bermotor
Ini juga bermakna, Lewis Hamilton merupakan pemandu F1 pertama dalam sejarah yang berjaya meraih…