Petronas promosikan peniaga Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di lebih 700 Kedai Mesra

oleh SALINA JALIL|
Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah memperluaskan Kempen Beli Barangan Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam NNegeri dan Hal Ehwal Pengguna, di lebih 700 Kedai Mesra seluruh negara.


Melalui kempen ini, PDB akan bersama-sama mempromosikan makanan dan minuman (F&B) tempatan di Kedai Mesra termasuk kerepek, kek, jus dan sajina ruji seperti nasi lemak dan mee goreng. PDB juga turut menyediakan rak khas di 100 stesen Petronas terpilih untuk menonjolkan produk buatan Malaysia ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pada majlis perasmian tersebut, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, "Kami amat berbesar hati kerana mendapat sokongan dari Petronas untuk membantu usahawan-usahawan PKS tempatan di samping meningkatkan kesedaran tentang pelaksanaan kempen ini. Pihak kerajaan turut berharap kempen ini akan menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian barangan buatan tempatan terutama dalam ekosistem pasaran yang sangat kompetitif pada waktu ini.

 


Kempen ini juga adalah selaras dengan program Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan PDB yang telah dibangunkan lebih 25 tahu lalu untuk menyokong perniaggan usahawan tempatan. Sehingga kini, terdapat lebih 350 usahawan tempatan yang membekalkan produk mereka di Kedai Mesra di seluruh negara.


 

 

Semasa acara perasmian di Stesen Petronas Jalan Kolam Air Lama, PDB telah mempamerkan enam usahawan tempatan di bawah program PKS PDB iaitu:-

 

1. Kerepek tempatan daripada Akuku Food Industry (M) Sdn Bhd

 

kerepek

 

2. FG Walet Bird's Nest daripada Zhafou Trading Sdn Bhd

 

bird nest

 


3. Chocolate Moist Cake daripada Anis Food Sdn Bhd

cake

 


4. Sos unik daripada Mama G Marketing Sdn Bhd

 

sos

 


5. Aiskrim buah-buahan segar keluaran Doluvo Sdn Bhd

 

aiskrem

 


6. Perniagaan Hadeen Enterprise

 

makanan


Selain itu, PDB turut memperkenalkan pembekal lain termasuk Nasi Lemak Saleha, kuih muih dari Sri Talamaz, sandwic dan lunchbox oleh Mas Awana dan pelbagai mee goreng dari Nora Delights.
 

 

Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir, selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB berkata,"Sebagai sebuah syarikat minyak nasional, kami sentiasa menyokong usaha mempromosikan perniagaan tempatan dan memperkukuhkan ekonnomi domestik.  

 

 

Di bawah program PKS, kami telah membantu usahawan tempatan untuk menebusi pasaran yang elbih luas melalui rangkaian stesen kami di seluruh negara, Malah, beberapa usahawan lain telah pun mempunyai 'market presence' atau kehadiran pasaran di lebih 400 Kedai Mesra kami."

 


Beliau turut berkata,"Melalui sambutan menggalakkan terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia serta lebih banyak penglibatan syarikat dalam kempen ini, kami yakin kami akan dapat menggabungkan usaha kami untuk memacu pertumbuhan perniagaan tempatan."

 

Kepada usahawan kecil dan sederhana yang berminat untuk menyertai program PKS PDB ini, anda boleh menghubungi wakil khidmat pelanggan Mesralink di talian 1300-88-8181

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023, kempen Mesra Bonanza Lagi Onz ini menawarkan hadiah…
Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata sebagai sebahagian…
Berita Domestik
Ia dimulakan dengan kempen tahunan PETRONAS Coffee Break, salah satu kempen keselamatan jalan raya…