Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive janjikan pemanduan lebih lancar, jimat bahan api

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Petronas Dagangan Berhad hari ini melancarkan bahan api baharu Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive sebagai salah satu usaha berterusan dalam memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar, prestasi enjin yang lebih responsif dan lebih penjimatan bahan api. 

Ia dibantu dengan ciri pertama seumpamanya di dunia iaitu Dual Friction Modifier bagi mengurangkan kadar geseran 20% lebih berkesan berbanding pengubah geseran tunggal terdahulu. 

Selain daripada itu, penggunaan bahan kimia anti-kakisan yang diadun sempurna memberikan perlindungan dua kali ganda kepada enjin, selain menyumbang kepada prestasi yang lebih baik.

 

 

Formula baharu ini dicapai menerusi penyelidikan bertaraf dunia yang dijalankan oleh Petronas di Eropah dan Amerika hasil daripada pembabitan di dalam pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 sebagai World Constructors Championship untuk tahun kelima berturut-turut. 

Pelancaran bahan api RON95 baharu ini disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, serta dihadiri oleh Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad, Dato' Seri Syed Zainal Abidin. 

 

 

Bahan api baharu ini juga telah diuji oleh beberapa buah pihak ketiga kepada lebih 200 buah kenderaan tempatan dan import, dan hasilnya adalah begitu memberangsangkan apabila lebih daripada 70% peserta mengakui minyak baharu ini lebih berkesan berbanding yang terdahulu dari segi kelancaran, kadar responsif dan juga keberkesanan. 

Selain daripada itu, Petronas juga memperkenalkan Kedai Mesra yang diperbaharui, menawarkan pelbagai rangkaian makanan dan minuman serta aplikasi mudah alih Setel yang kini boleh didapati di 100 buah stesen Petronas di Lembah Klang.

 

 

Bagi menggalakkan pengguna menggunakan bahan api baharu ini, Petronas menawarkan diskaun RM1 untuk setiap pembelian bahan api Petronas Primax 95 with Pro-Drive bermula 1 sehingga 3 Februari ini. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Selain perlu mengeluarkan duit untuk membayar bulanan kereta atau servis mengikut tempoh, mengisi…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…
Berita Domestik
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia bukanlah satu model yang mampan dan saksama apabila…