PETRONAS Official Store kini tawar produk minyak enjin tulen di Shopee, Lazada

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd mengembangkan lagi rangkaian pemasaran produk pelincir enjin Syntium dan Sprinta menerusi platform e-dagang Shopee dan Lazada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi platform ini, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai produk premium mengikut jenis kenderaan dan kelikatan, termasuk produk bersintetik penuh, semi sintetik atau mineral.
 

Lazda


Selain daripada itu, bermula 12 Disember yang lalu, pelanggan juga boleh mendapatkan baucer perkhidmatan servis kereta PETRONAS AutoExpert menerusi platform Lazada.

Malah, keseluruhan transaksi dan urusan janji temu boleh dilakukan dalam talian dan melalui platform rasmi PETRONAS Official Store, dan berpeluang mendapat hadiah eksklusif seperti beg tahan sejuk, beg pinggang, payung dan pelekat untuk setiap pembelian produk PETRONAS Syntium, Sprinta dan perkhidmatan di PETRONAS AutoExpert.
 

Shopee


Terdapat juga barangan rasmi PETRONAS seperti T-Shirt pasukan PSRT MotoGP dan Mercedes-AMG F1, jaket, topi, dan juga beg sandang.

Untuk pembelian dalam talian, sila layari pautan berikut:

Sprinta: https://shopee.com.my/shop/27395651/search?shopCollection=30869102
Syntium: https://shopee.com.my/shop/27395651/search?page=0&shopCollection=36026675
PETRONAS Official Store (Shopee): https://shopee.com.my/petronas.os
PETRONAS Official Store (Lazada): https://www.lazada.com.my/shop/petronas/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Harga baharu bagi semua produk pelincir dijangka naik tujuh peratus (bergantung kepada produk).…
Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata inisiatif itu…
Informasi
  “Petronas sangat membantu di dalam pelan jangka panjang kami di bidang servis automotif. Jualan…