PETRONAS Mesra Bonanza - tawar ganjaran terbesar kepada pelanggan setia

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini melancarkan kempen terbesarnya di seluruh negara, Mesra Bonanza dengan tawaran pelbagai hadiah menarik berupa wang tunai, pakej percutian idaman, gajet terkini, motorsikal serta banyak lagi.

Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kad Mesra. Pelanggan hanya perlu membuat isian bahan api serendah RM30 di dalam satu resit bagi melayakkan penyertaan Mesra Bonanza.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut Ketua Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly ketika berucap merasmikan kempen Mesra Bonanza, "kami sentiasa mengutamakan penghargaan kepada pelanggan. Bagi menjadikan kempen ini lebih bermakna, kami menjalankan soal selidik untuk mendapatkan ganjaran yang diidamkan oleh pelanggan."

Kempen yang bermula pada 16 April sehingga penghujung tahun ini menawarkan lebih 160 hadiah bulanan dan lebih daripada 40 hadiah utama untuk dimenangi setiap dua bulan. 

Hadiah utama berupa pakej percutian penuh menyaksikan perlumbaan F1 di luar negara, wang tunai sejumlah RM50,000, pakej percutian dan umrah, skuter Yamaha NVX 155cc serta TV 55 inci jenama Samsung. 

Manakala hadiah bulanan pula berupa telefon pintar Samsung S9, kamera GoPro Hero 6 Black, set mainan Lego Speed Champion, baucer Lazada serta mata ganjaran Petronas bernilai RM1000.

 

 

Untuk merebut peluang memenangi hadiah bulanan, pelanggan hanya perlu membelanjakan minimum RM30 pembelian bahan api (petrol atau diesel) termasuk barangan Mesra di dalam satu resit. 

Bagi merebut peluang memenangi hadiah utama, pelanggan perlu mengumpul jumlah pembelian bernilai RM500 untuk tempoh dua bulan. Manakala hadiah percutian penuh menonton perlumbaan F1 pula dihadkan kelayakan kepada pembelian petrol Primax RON97 sahaja dengan jumlah pembelian terkumpul yang sama. 

Untuk maklumat lanjut, serta syarat penyertaan kempen Mesra Bonanza, layari www.mymesra.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Junior Cho, berkata di bawah kerjasama itu, mereka yang berbelanja…
Berita Domestik
  Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Kempen "Small Change Goes the Distance" PDB yang…
Pelancaran
Petronas Dagangan Berhad hari ini melancarkan bahan api baharu Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive…