Petronas Mesra Bonanza kembali - tawar hadiah bernilai sehingga RM1.7 juta!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Petronas Dagangan Berhad (PDB) kini kembali lagi dengan kempen tahunan Mesra Bonanza dengan membawakan hadiah terkumpul bernilai sehingga RM1.7 juta dan 2 juta mata Mesra.

Tempoh kempen ini bermula dari 5 April sehingga 31 Januari 2020 dan apa yang perlu pemilik kad Mesra lakukan hanyalah dengan membeli bahan api atau barangan di Kedai Mesra bernilai minimum RM30.

 

 

Kira-kira 1,000 orang pemenang akan dipilih setiap bulan untuk menerima mata ganjaran sebanyak 20,000 poin Mesra (bernilai RM200). 

Manakala untuk setiap dwi-bulanan pula menawarkan tiga hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM100,000 manakala 14 penerima hadiah sampingan akan menerima wang tunai bernilai RM3,000. 

Bagi melayakkan diri menerima hadiah utama, pelanggan perlu mempunyai nilai belian terkumpul RM500 dalam masa dua bulan. 

 

 

Pembayaran pula boleh dibuat secara tunai, kad kredit/debit, Gift Card dari Petronas atau menerusi aplikasi Setel. 

Sebagai peringatan, kad Mesra perlu dileret setiap kali pembelian dibuat, manakala aplikasi Setel pula akan mengemaskini mata ganjaran sekiranya kad Mesra sudah didaftarkan pada aplikasi tersebut. 

Buat para pengguna kad Mesra, mereka kini mampu menikmati tiga kali mata ganjaran Mesra untuk setiap liter pembelian bahan api. 

 

 

Tidak dilupakan, Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive sudah boleh didapati di setiap stesen minyak Petronas yang terbukti memberikan pemanduan yang lebih lancar, responsif dan lebih berkesan.