Petronas, Maybank diiktiraf jenama paling bernilai!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Malayan Banking Bhd (Maybank) ialah jenama Malaysia yang paling bernilai dari segi persepsi kemampanan, menurut laporan sulung Sustainability Perceptions Index 2023 oleh Brand Finance.


Petronas juga menduduki tempat pertama dalam kalangan jenama Asean yang ada dalam senarai termasuklah jenama isi rumah seperti Viettel, DBS Bank, PTT dan Telkom Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Penyelidikan oleh Brand Finance itu menunjukkan bahawa Petronas mencatat markah yang tinggi dalam tonggak Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang berkaitan dengan komitmen untuk melindungi alam sekitar semula jadi, serta menyokong komuniti dan masyarakat yang lebih luas -- dicerminkan dalam perjalanan kemampanan jenama itu sepanjang dua dekad yang lalu termasuk penerokaannya ke dalam tenaga yang lebih bersih dan boleh diperbaharui.

 

Sehubungan itu, adalah penting bagi jenama terbesar dan paling terkenal di negara ini mengambil peranan utama dalam memacu tindakan untuk seluruh industri dan bersikap menyokong.

 

"Petronas dan Maybank berada dalam kedudukan optimum untuk melakukan ini melalui aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan selaras dengan agenda kemampanan Malaysia. Penyelidikan kami menyokong usaha ini dalam mendapati bukan sahaja perhatian yang besar terhadap mereka tetapi ia juga menjana nilai yang signifikan untuk kedua-dua jenama itu," katanya.

 

Kajian yang pertama kali seumpamanya, laporan tersebut dikeluarkan di Davos semasa Forum Ekonomi Dunia, bersama-sama dengan Persatuan Pengiklanan Antarabangsa.

 

Ia mendedahkan nilai kewangan persepsi kemampanan jenama terbesar di dunia dan menyenaraikan 500 jenama paling berharga di dunia dari segi nilai persepsi kemampanan.

 

 

- Syabas dan tahniah Petronas-

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…