Petronas masih jenama paling berharga Malaysia - Brand Finance

oleh HEZERI SAMSURI|
Petronas masih memegang juara jenama Malaysia paling berharga untuk 11 tahun berturut-turut.

Menurut laporan Brand Finance, jenama Petronas memiliki nilai sebanyak US$12.0 bilion - satu-satunya jenama yang bernilai melebihi US$10 bilion di Malaysia. Maybank merangkul tempat kedua dengan nilai US$3.7 bilion sementara Genting pada US$3.1 bilion.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun Petronas melihat penurunan nilai jenamanya sebanyak 21 peratus tahun ini, ia masih menunjukkan dominasi industri minyak dan gas (O&G) di negara ini.

Namun begitu, Samir Dixit, Pengarah Urusan untuk Brand Finance Asia Pasific berpendapat kekuatan jenama adalah penanda aras terbaik nilai kompetitif jenama di dalam pasaran.

"Kebanyakan jenama Malaysia yang berada di bawah paras 10 terbaik sebenarnya tidak menunjukan sebarang kemajuan. 

Mereka mungkin berjaya di dalam pasaran tempatan tetapi mereka semakin kalah dengan pesaing-pesaing utama mereka di dalam rantau ini," ujar Samir.

"Jenama-jenama Malaysia perlu lebih mengawasi kedudukan mereka dan juga melakukan pelaburan yang berani untuk membina kekuatan jenama mereka bagi menangkis persaingan di luar pasaran domestik," sambungnya lagi.

Sepuluh jenama teratas Malaysia memegang 63 peratus dari jumlah nilai keseluruhan dalam senarai Brand Finance Malaysia 100 2021 Ranking. Lima puluh jenama paling corot di dalam senarai itu pula cuma menyumbang tujuh peratus dari nilai keseluruhan jenama Malaysia.

Ini benar-benar menunjukan perlu ada usaha yang lebih baik jika mereka masih mahu kekal di dalam senarai 100 jenama bernilai Malaysia.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…