Petronas Lubricants International sasar kedudukan lima teratas global

oleh Mohamad Hanif|
Petronas Lubricants International (PLI) selaku bahagian penghasilan dan pemasaran pelincir global di bawah Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) kini mensasarkan kedudukan lima teratas selaku pemain utama global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut naib presiden perniagaan pemasaran hiliran dan juga pengerusi Petronas Lubricants International Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata, pertumbuhan ini bakal dipacu oleh operasi di China dan India, di mana PLI akan menambah dua pusat penghasilan di kedua-dua buah negara tersebut. 

"Kami mensasarkan pelancaran rasmi pusat penghasilan bendalir di India dalam masa dua minggu lagi, di mana kadar penggunaan kapasiti dicatatkan pada 60 peratus, bermakna kita masih lagi mempunyai ruang untuk meningkatkan lagi kadar pengeluaran.

"PLI mensasarkan kedudukan lima terbaik global dalam masa empat ke lima tahun," Syed Zainal memberitahu wartawan dalam Simposium Bendalir Kenderaan Elektrik yang dianjurkan oleh PLI baru-baru ini. 

Ketika ini, PLI memiliki kedudukan kesembilan terbaik di dunia di dalam aspek volum, dengan jumlah penjualan mencecah 1.2 bilion liter untuk tahun 2018. 

Menurut Syed Zainal lagi, kadar pertumbuhan PLI merupakan antara yang terpantas berbanding purata industri, iaitu 3 peratus tahun-atas-tahun pada tahun lalu, berbanding purata industri 1-2 peratus. 

Simposion Bendalir EV yang diadakan di pusat kajian dan teknologi PLI Turin, Itali baru-baru ini mengumpulkan kira-kira 120 pakar industri termasuklah di dalam bidang automotif dan pengeluar komponen dari serata dunia.

Ia bertujuan untuk membincangkan serta menampilkan inovasi di dalam bidang EV demi mendukung e-mobiliti yang lebih bersih, cekap tenaga dan mampan pada masa akan datang. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Domestik
PETRONAS Lubricants International dengan kerjasama Despark International College telah merangka…
Berita Global
Minyak enjin premium sintetik penuh dengan spesifikasi perlumbaan ini direka khusus, diuji dan…