PETRONAS lancar rangkaian pelincir Syntium baharu dengan teknologi CoolTechTM

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia hari ini melancarkan siri baharu pelincir Petronas Syntium dengan teknologi pelinciran oCoolTechTM yang diformulakan untuk menentang haba enjin untuk prestasi yang lebih baik dan berkesan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Barisan pelincir yang dilancarkan termasuklah pelincir premium berkelikatan rendah Petronas Syntium 7000 Ultimate Series yang menampilkan PETRONAS Syntium 7000 Hybrid dengan oCoolTechTM, produk minyak pelincir pertama dihasilkan untuk enjin hibrid. 

Ia juga turut menandakan penyertaan PLMM ke dalam segmentasi kenderaan hibrid yang kian berkembang pada ketika ini. 

Teknologi oCoolTechTM telah dibangunkan bagi membantu menyejukkan komponen-komponen kritikal enjin, supaya enjin mampu beroperasi dengan lebih berkesan terutama di bawah tekanan. 

Minyak pelincir baharu ini memenuhi spesifikasi piawaian API SN PLUS dan melindungi enjin daripada pra-penyalaan kelajuan rendah (LSPI) sesuai untuk kegunaan enjin gasolin suntikan terus berkuasa turbo.
 


Manakala pelincir lain yang turut ditampilkan termasuklah:

  • PETRONAS Syntium 7000 0W-16 dengan oCoolTechTM
  • PETRONAS Syntium 7000 0W-20 dengan oCoolTechTM
  • PETRONAS Syntium 3000 5W-30 
  • PETRONAS 800 5W-30 oCoolTechTM

Kesemua barisan minyak pelincir baharu yang dipertontonkan kepada media pada satu acara yang turut sama dihadiri oleh pelumba Formula One Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport, Lewis Hamilton yang baharu sahaja selesai berlumba di Singapore Grand Prix. 

Turut sama hadir adalah Ketua Pegawai Teknologi PETRONAS Lubricants International, Eric Holthusen.

"PETRONAS Syntium memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan sistem penyejukan enjin selain membantu meningkatkan prestasi yang cemerlang di dalam litar. 

"Selain daripada itu, kerjasama sepasukan antara organisasi teknikal dan bahagian sokongan juga amat baik, dan paling penting kami disokong oleh produk pelincir yang terbaik dan boleh dipercayai

"Ini membolehkan kami fokus untuk mencapai matlamat ulung, sekaligus memberikan prestasi yang terbaik kepada pasukan di dalam litar perlumbaan," ujar Hamilton lagi. 

Diformulakan untuk kondisi pemanduan moden, PETRONAS Syntium dengan teknologi oCoolTechTM dibangunkan dengan ciri rantaian pelincir yang lebih kuat bagi melindungi enjin daripada kerosakan akibat haba berlebihan, menambah baik kadar penggunaan bahan api dan memastikan enjin sentiasa berada di dalam suhu optimum. 

Barisan minyak pelincir PETRONAS Syntium baharu ini sudah boleh didapati di 1,000 buah outlet runcit dan 3,000 buah bengkel di seluruh negara. 
 

Berita Berkenaan

Informasi
  “Petronas sangat membantu di dalam pelan jangka panjang kami di bidang servis automotif. Jualan…