Entiti ini menjadi hak milik sepenuhnya oleh PETRONAS dan menyasarkan matlamat untuk menjadi penyedia penyelesaian tenaga bersih bersepadu. Bermula dengan rangkaian penyelesaian Tenaga Boleh Diperbaharui, Hidrogen dan Mobiliti Hijau untuk pelanggan komersial, perindustrian dan runcit.
Gentari telah memulakan satu siri inisiatif dan beberapa kolaborasi dalam misi untuk menjadikan organisasi ini berada di kedudukan dalam kalangan syarikat tenaga bersih terkemuka di dunia.
Bagi Tenaga Boleh Diperbaharui, Gentari akan membina tenaga keseluruhan 30-40 GW dalam pasaran utama menjelang 2030, melalui projek berskala utiliti merentasi angin suria, darat serta luar persisiran. Begitu juga dengan penyimpanan bateri. Semua ini menyasarkan pelanggan komersial, perindustrian dan runcit yang ada.
Untuk aspek Hidrogen pula, Gentari menyasarkan dengan tawaran penyelesaian hidrogen karbon rendah kompetitif kos menerusi rangkaian global untuk permintaan eksport dan domestik serta aspirasi untuk menghasilkan 1.2 mtpa hidrogen bersih menjelang 2030.
Akhir sekali, bagi komitmen Mobiliti Hijau ini, ia termasuklah menyokong ekosistem kenderaan elektrik(EV) dengan menguasai 10 peratus bahagian pasaran. Ia juga menawarkan penyelesaian Vehicle as a Service (VaaS) bermula dengan kenderaan EV ringan serta perkhidmatan nilai tambah seperti platform digital, analisis data dan pengiklanan.
Penulis: IZRA