PETRONAS lancar e-bendalir iona generasi kedua untuk kegunaan EV

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Lubricants International baru-baru ini secara rasmi melancarkan generasi kedua bendalir yang dikhususkan untuk kegunaan kenderaan elektrik, PETRONAS iona bertempat di Pusat Penyelidikan dan Teknologi Globalnya di Turin, Itali.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dilancarkan kali pertama pada tahun 2019, Petronas iona disasarkan untuk membantu mempercepatkan peralihan dunia ke arah masa depan sifar karbon.

Ia direka untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam unit pemacu elektrik dan e-gandar, termasuk kawalan geseran dan kehausan, serta pengurusan haba untuk memaksimumkan prestasi, kadar kecekapan tenaga dan kebolehpercayaan EV berprestasi tinggi.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLI, Giuseppe D'Arrigo berkata, "kami yakin e-mobiliti sedang berkembang pada kadar yang sangat pantas. Jadi dengan kadar tersebut, penyelesaian yang inovatif menjadi pemacu bagi mempercepatkan peralihan ke arah e-mobiliti untuk masa depan yang lebih lestari.
 

iona


Untuk itu, PLI turut bekerjasama rapat dengan kumpulan rakan kongsi perintis - termasuk Imperial College London, FEV Group, dan IAV sejak tahun 2018 untuk menghasilkan teknologi bendalir yang selamat, berprestasi tinggi, dan boleh dipercayai khusus untuk kuasa gerak elektrik.

Langkah ini adalah selaras dengan komitmen PLI terhadap kelestasian yang diumumkan pada tahun 2018, di mana 75 peratus daripada pelaburan Penyelidikan dan Teknologinya akan disalurkan untuk inovasi pengurangan pelepasan karbon.

Menurut Global EV Outlook 2021, pasaran global bagi semua jenis kereta telah terjejas dengan ketara akbat kesan ekonomi yang dibawakan oleh pandemik COVID-19.

Walaupun jumlah pendaftaran kereta baharu konvensional (petrol, diesel) menurun secara keseluruhan, jualan bagi kenderaan elektrik pula menyaksikan peningkatan sebanyak 70 peratus pada tahun 2020.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…