PETRONAS laksana CCUS capai sasaran sifar emisi 2050

oleh Mohamad Hanif|
Dalam mencapai sasaran emisi karbon sifar bersih (NZCE) menjelang 2050, PETRONAS melaksanakan salah satu langkah yang dinamakan sebagai CCUS, atau Carbon Capture, Utilisation and Storage.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan terkini oleh International Energy Agency, usaha untuk mencapai sifar emisi akan menjadi mustahil tanpa teknologi CCUS.

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh The Malaysian Reserve, ketua unit R&D Teknologi Kelestarian Gas PETRONAS, Dr Norfaizah Abd Manan menjelaskan, CCUS merupakan satu proses untuk menangkap emisi karbon dioksida (CO2) dari sumber seperti lapangan gas asli, penyulingan, kilang, dan loji janakuasa sebelum ia disimpan atau digunakan semula bagi mengelakkan daripada dilepaskan ke atmosfera.

Tambah beliau, CCUS disifatkan sebagai satu komponen penting dalam mencapai NZCE menjelang tahun 2050, atau lebih awal daripada jangkaan asal.

CCUS terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  • Capture - proses untuk 'mengasingkan' CO2 dari sumber sebelum dihantar ke tapak penyimpanan menerusi saluran paip, kapal atau trak.
  • Storage - CO2 yang telah diasingkan itu tadi kemudian disuntik ke dalam pembentukan batu beberapa kilometer di bawah tanah, dan disimpan secara kekal di lokasi yang dikenal pasti dengan selamat
  • Utilisation - merujuk kepada penggunaan semula amaun CO2 yang tersisa dengan menjadikannya sebagai bahan kimia yang berguna atau untuk pemulihan minyak yang dipertingkat (EOR).
     
CCUS


Menurut Dr Norfaizah, pada ketika ini PETRONAS sedang membangunkan serta menguji beberapa teknologi CCUS di kemudahan darat dan luar pesisir pantai, di mana projek pertama CCS (Carbon Capture and Storage) yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 menjadi projek CCS luar pesisir terbesar di rantau Asia Tenggara.

Dari sudut pandang tenaga baharu, PETRONAS juga melihat potensi yang ditunjukkan oleh gas hidrogen sebagai salah satu sumber bahan api baharu pada masa akan datang.

"Kami kini sedang berusaha untuk mencapai kos yang lebih kompetitif untuk pengeluaran hidrogen, dan di bawah usaha ini juga kami telah membina pusat pengujian produksi hidrogen hijau bagi mencapai matlamat tersebut.

Bual bicara penuh boleh dibaca menerusi pautan di bawah:
PETRONAS champions low-carbon energy production with CCUS | The Malaysian Reserve

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…