PETRONAS kini rakan kongsi pelincir strategik Tata Motors

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Lubricants (India) Pvt. Ltd (PLIPL) baru-baru ini mengumumkan kerjasama baharu dengan Tata Motors, di mana PETRONAS Lubricants kini menjadi rakan kongsi pelincir strategik bagi kenderaan komersial Tata Motors.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercakap mengenai perkongsian terbaharu ini, CEP PETRONAS Lubricants India, Pranav Bhanage berkata, "Kerjasama ini akan mengukuhkan lagi hubungan antara dua organisasi, memandangkan kami juga turut membekalkan pelincir kepada kenderaan penumpang Tata Motors.

"Ia juga merupakan satu testimoni kepada kualiti PETRONAS Fluid Technology SolutionsTM kami," ujarnya lagi.

Majlis tandatangan tersebut dihadiri oleh pihak tertinggi kedua-dua belah pihak, termasuk R. Ramakrishnan, Ketua Global, Bahagian Khidmat Pelanggan dari Unit Perniagaan Kenderaan Komersial Tata Motors.

Sumber: LinkedIn