PETRONAS kekal sebagai jenama paling bernilai di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Brand Finance Asia Pasific baru-baru ini telah menerbitkan laporan kedudukan 100 jenama Malaysia paling bernilai untuk tahun 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menduduki tempat pertama, PETRONAS berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya di kedudukan teratas untuk tahun kesembilan berturut turut. 

Daripada itu, nilai jenama PETRONAS kini berjumlah US$13.31 bilion (RM55.71 bilion) dan menjadi salah satu daripada empat syarikat Malaysia yang menerima penarafan AAA di dalam indeks kekuatan jenama (BSI). 

Manakala Maybank pula berada di tempat kedua dengan nilai jenama US$4.20 bilion (RM17.58 bilion) dan diikuti oleh Genting dengan nilai jenama US$3.04 bilion (RM12.72 bilion). 

Daripada situ, ternyata kekuatan PETRONAS berada di dalam kelas tersendiri sehinggakan sukar untuk jenama-jenama lain merampas kedudukan tempat pertama, selain menjadi jenama yang paling banyak meningkat prestasinya dengan peningkatan nilai sebanyak RM7,604 juta pada tahun ini. 
 


Menurut Samir Dixit, Pengarah Urusan Brand Finance Asia Pacific berkata, "PETRONAS kini berada di kedudukan terutuh dan akan terus memperkembangkan kekuatan jenama dan nilai tersendiri seiring dengan jenama Malaysia yang lain. 

Samir Dixit juga menyarankan syarikat-syarikat tempatan supaya berpaksikan kepada jenama itu sendiri dan bukan berdasarkan jualan mahupun tawaran yang diberikan. 

"Walaupun tawaran dan jualan yang diperoleh hanya membantu untuk jangka masa pendek, ia mampu menghapuskan kekuatan dan nilai jangka panjang sesebuah jenama pada masa akan datang. 

"Jenama harus menjadi agenda strategik buat barisan pengurusan kanan dan barisan kepimpinan, serta mesti diuruskan seperti aset perniagaan lain dan bukan sekadar menjadi cap dagang yang sah semata-mata," ujar beliau lagi. 

Indeks Kekuatan Jenama (Brand Strength Index, BSI) merupakan satu ukuran untuk menilai daya saing sesebuah jenama di pasaran. 

Berikut merupakan senarai 10 teratas jenama paling bernilai di Malaysia untuk tahun 2019. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…