Petronas Diesel Euro 5 kini di Sarawak!

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Petronas kini telah mengembangkan sayap produk bahan api Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive mereka di Sarawak.

Dirasmikan oleh Menteri di Kementerian Utiliti Sarawak, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom, diesel generasi baharu yang bebas sulfur ini dilancarkan buat pertama kalinya di Semenanjung Malaysia dalam bulan 11 tahun lalu.

Kerana permintaan yang baik, Petronas menawarkan produk premium itu di Sarawak sekarang, bermula di Bintulu dan Miri.

Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive terbukti memberikan pemanduan yang lebih lancar, memberi pulangan penggunaan bahan api yang lebih ekonomikal dan pelepasan asap yang lebih bersih.

Prestasi tersebut dicapai melalui teknologi Pro-Drive yang berasaskan bahan diesel berkualiti tinggi dari loji penapisan Petronas sendiri dan formula aditif yang unik agar lebih sesuai untuk enjin-enjin common-rail diesel sekarang.

 

 

Petronas juga banyak menimba ilmu hasil dari kolaborasi syarikat petroleum negara itu dengan Iveco, jenama kenderaan berat dari Itali.

Petronas dan Iveco keduanya bergabung di dalam pasukan rali dunia Petronas De Rooy Iveco yang bertanding di dalam perlumbaan Dakar Rally dan kemenangan pasukan itu dalam tahun 2016 membuktikan teknologi dari Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive nyata berkesan.

Menurut Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, Timbalan Presiden Pemasaran Hiliran Petronas, bahan api diesel Euro 5 dari Petronas ini boleh didapati dari sembilan stesen Petronas di Bintulu dan Miri bermula dari hujung bulan Mac ini.

“Kami sedang melihat untuk mengembangkan lagi rangkaian Petronas Dynamic Diesel Euro 5 ini ke lebih dari 20 stesen minyak di Sarawak sebelum hujung tahun 2018,” terang Syed Zainal, mantap CEO Proton dahulu.

 

 

Syed Zainal turut menerangkan bahawa dengan perkembangan ekonomi pesat di Sarawak dan dengan wujudnya lebuhraya Pan Borneo, permintaan untuk diesel berkualiti tinggi akan semakin meningkat.

“Petronas mahu bersedia untuk membantu perkembangan tersebut,” sambungnya.

Ujian makmal membuktikan Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive membersihkan kekotoran dan melindungi penyuntik bahan api enjin diesel dan itu memastikan ia beroperasi dalam keadaan paling optimum.

Perbandingan dengan bahan api jenama lain di dalam pasaran turut melihat bahan api diesel Euro 5 Petronas memberikan nilai “cetane” yang lebih tinggi.

Cetane ialah umpama octane pada bahan api petrol. Di dalam diesel, kadar cetane yang tinggi adalah lebih memudahkan pembakaran dan ia lebih baik.

 

 

Tiga faedah Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive yang akan terus rasakan ialah:

  • Membersihkan enjin dan komponen dalamannya.
  • Lebih efisien dan ia membantu melengkapkan pembakaran dan memberi prestasi optimum untuk enjin, lantas menjimatkan penggunaan bahan api.
  • Melancarkan pergerakan komponen di dalam enjin diesel, bermakna enjin lebih mudah dihidupkan, gegeran terasa kurang dan pemanduan lebih selesa.

Dengan pelancaran Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive di Sarawak, Petronas kini mempunyai 68 buah stesen di seluruh negara yang menawarkan diesel Euro 5 itu.

Untuk mengetahui lokasi stesen-stesen tersebut, sila lawati www.mymesra.com.my

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…