PETRONAS De Rooy IVECO berjaya tamatkan cabaran Rali Dakar 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan PETRONAS Team De Rooy IVECO menunjukkan semangat yang tinggi apabila berjaya memberikan prestasi yang terbaik di dalam kategori trak Dakar Rally Raid 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perlumbaan yang berlangsung di Arab Saudi itu menyaksikan pelumba pasukan< Janus van Kasteren menamatkan perlumbaan 12 tahap di tempat keenam dengan catatan masa 51 jam 00 minit dan 33 saat. 

Manakala rakan sepasukannya Albert Llover yang merupakan bekas pemain ski Olimpik yang lumpuh separuh badan pula berjaya meraih tempat ke-15 dengan catatan masa 51 jam 09 minit dan 28 saat. 
 


Cabaran rali pada tahun ini merupakan gabungan jentera-jentera besar dan berkuasa tinggi dikendalikan oleh pemandu yang mempunyai skill yang cukup tinggi di laluan yang serba mencabar. 

Gurun yang menjadi lokasi Rally Dakar pada tahun ini meliputi 75 peratus daripada 7,500 kilometer laluan menyaksikan hanya 70 peratus sahaja pelumba yang berjaya menamatkan cabaran. 
 


Ia sekaligus menjadi medan ujian bagi teknologi bendalir termaju dan ternyata pelincir PETRONAS Urania dan PETRONAS Tutela berjaya membuktikan keupayaan memastikan enjin mampu berfungsi dengan berkesan tanpa kehilangan prestasi ketika perlumbaan. 

Dengan semangat dan motivasi yang cukup tinggi, PETRONAS De Rooy IVECO berharap agar dapat memberikan saingan dan aksi yang terbaik di Dakar Rally Raid edisi yang ke-43 tahun hadapan. 

Syabas dan tahniah kami ucapkan!