Petronas Coffee Break tawar pelbagai promosi menarik sempena CNY 2020

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Dagangan Berhad hari ini melancarkan kempen Coffee Break bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Khusus buat para pengguna jalan raya, terdapat pelbagai promosi menarik dan baucer diskaun untuk barangan PETRONAS, Kedai Mesra, Setel, Tealive, Dunkin', Shopee dan Touch 'n Go.

Kempen yang bermula dari 23-24 Januari dan 1-2 Februari turut menyediakan hidangan kopi Nescafe dan snek di kesemua 160 buah stesen yang mengambil bahagian.

PDB juga turut menawarkan kempen pemeriksaan percuma untuk penunggang motosikal dengan kerjasama Hong Leong Yamaha Motor, selain pemeriksaan kesihatan oleh St. John Ambulance Malaysia. 

 

 

Rakan kempen Road Safety Department akan mengadakan program advokasi berkenaan tips keselamatan di jalan raya.

Bagi menggalakkan penggunaan aplikasi Setel, PDB menawarkan cashback sehingga RM5 untuk pengguna baharu dan membuat tambah nilai serendah RM30. 

Setiap pembelian barangan di Kedai Mesra akan layak menerima paket angpau Petronas eksklusif, diskaun RM2 untuk minuman Tealive serta kod promo Shopee. 

Bagi mereka yang mengisi bahan api RM50 ke atas akan menerima kopi percuma dari Dunkin'. 
 

 

Sepanjang tempoh 23-29 Januari, caj RM0.50 untuk setiap tambah nilai kad Touch 'n Go akan dimansuhkan di stesen minyak Petronas. 

Tidak dilupakan, kempen Mesra Bonanza yang masih berlangsung sehingga 31 Januari ini dengan hadiah menarik seperti 20,000 mata ganjaran Mesra, serta wang tunai sehingga RM100,000. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…