PETRONAS catat keuntungan RM16.4 bilion, turun 29 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan penurunan keuntungan sebanyak 29 peratus kepada RM16.4 bilion pada suku kedua (Q2) berakhir 30 Jun 2023.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Sebagai perbandingan, PETRONAS mencatatkan keuntungan berjumlah RM23.0 bilion untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, keuntungan bersih PETRONAS susut 13 peratus kepada RM40.2 bilion, disebabkan purata harga direalisasi yang lebih rendah, sementara hasil turun kepada RM170.3 bilion daripada RM170.4 bilion.

Sementara itu, PETRONAS turut menjangkakan harga minyak dan gas kekal tidak menentu pada masa depan, dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi yang berterusan serta kebimbangan terhadap jaminan tenaga.

PETRONAS menjangkakan harga minyak mentah Brent bergerak antara paras US$70 (RM324.98) dan US$80 (RM371.40) setong untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Berita penuh: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…
Berita Domestik
“Dua minggu lalu, saya melawat ke makmal JKR dan di sana pelbagai ‘pavement’ diuji dengan teknik…
Berita Global
Menurut Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM…