Untuk permulaan, PDB akan memasang stesen pengecasan pantas di lima buah stesen minyak PETRONAS di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Selatan dan sebahagian daripada laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Menurut naib presiden pemasaran PETRONAS Ahmad Adly Alias berkata, PDB telah membekalkan fasiliti pengecasan EV di stesen minyaknya sejak tahun 2017, dan salah satu peluang yang dikenalpasti adalah permintaan terhadap pengecasan yang lebih pantas untuk perjalanan jarak jauh, terutama di lebuh raya utama.
Sementara itu, naib presiden jualan dan pemasaran Mercedes-Benz Malaysia Michael Jopp berkata, tahun 2022 merupakan tahun permulaan bagi strategi model Mercedes-EQ.
"Mercedes-Benz Malaysia akan memperkenalkan barisan model premium berkuasa elektrik yang mampu mendefinisikan semula masa depan mobiliti di sini, selari dengan strategi global Mercedes-Benz untuk beralih kepada elektrik sepenuhnya menjelang akhir dekad ini.
Berita penuh di The Edge