Petronas bakal ada penghantar bahan api seperti konsep penghantaran pizza

oleh HEZERI SAMSURI|
Petronas nampaknya akan melancarkan satu perkhidmatan unik di mana ia akan membantu pengguna-pengguna yang kehabisan bahan api.

Petronas ROVR telah dilancarkan tahun 2019 tetapi lebih merupakan sebuah stesen minyak mobil. Ia menggunakan trak komersil dengan kapasiti tangki antara 4,000 liter sehingga 11,000 liter dan bertumpu ke kawasan R&R yang tidak ada stesen minyak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk perkhidmatan terbaharu ini, nampaknya Petronas akan menggunakan trak pikap bagi menghantar bahan api itu terus kepada pengguna. Ia adalah umpama budak penghantar pizza, cuma kali ini ia menghantar sebuah trak pikap tetapi dengan tangki bahan api di belakang.

Perkhidmatan ini masih beum dilancarkan tetapi anda boleh melihat sendiri laman web ROVR yang nampaknya masih dalam pembinaan - https://try.rovr2u.com 

Laman web itu juga menunjukan hanya ada pilihan tempahan untuk petrol RON95 dan RON97 sahaja. Cara pesanan ialah mengikut jumlah liter yang dikehendaki, atau mengikut harga atau setangki penuh.

Kongsikan pendapat anda mengenai perkhidmatan terbaharu Petronas ini.

 


 

Berita Berkenaan

Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Berita Domestik
  Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam…