Petronas Auto Expert - pusat servis paling lengkap dari Petronas

oleh HEZERI SAMSURI|
Bagi sesiapa di Shah Alam yang tercari-cari pusat servis selepas waranti yang menyediakan perkhidmatan yang profesional tanpa harga yang melampau, pencarian anda berakhir hari ini

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM)dan Petronas Lubricant International (PLI) telah melancarkan pusat servis automotif Petronas Auto Expert yang pertama di Malaysia.

Strategi global ini bakal melihat kemunculan Petronas Auto Expert di seluruh dunia.

 

 

Di Malaysia, 100 pusat Petronas Auto Expert bakal dibuka dan ia juga akan diperkenalkan di 30 buah negara di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Untuk pusat Petronas Auto Expert pertama ini, Petronas akan bergabung dengan rakan lokalnya, Autohaus untuk menjalankan operasinya.

 

 

"Kami sentiasa berusaha untuk memberi kepuasan kepada pelanggan tanpa mengira jenis dan model kereta yang di hantar ke pusat kami,” kata Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Pusat Petronas Auto Expert di Shah Alam ini mempunyai 14 ruang servis dan menggunakan pakar mekanik terlatih beserta penggunaan alat teknologi terkini dari awal diagnosis, penukaran minyak pelincir, pemeriksaan brek dan sebagainya.

Pelancaran yang merupakan strategi global dari PLI ini bertujuan memberi perkhidmatan lengkap dibawah satu bumbung dan membawa bersama kepakaran teknikal PETRONAS Fluid Technology®

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sebagai salah seorang daripada pasukan trackside PETRONAS, Liow akan memberikan bantuan berbentuk…
Berita Domestik
Diperkenalkan pada Julai 2018, Setel merupakan sebuah aplikasi pembayaran nirtunai bagi menawarkan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan hari ini, PETRONAS berkata Wan Zulkiflee berada di kedudukan ke-58 dunia…