Petronas anjur kempen Coffee Break bersempena sambutan Tahun Baru Cina

oleh Afandi Che Muhamad|
Petronas Dagangan Berhad (PDB) hari ini mengumumkan pelancaran kempen Coffee Break bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina minggu hadapan.

Objektif penganjuran kempen tersebut diambil bagi mengajak pengguna kenderaan membudayakan amalan keselamatan di jalan raya sepanjang musim perayaan berkenaan nanti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harus diketahui, kempen itu bakal bermula dari 14 hingga 15 Februari 2018 dan 18 hingga 19 Februari ini melibatkan 141 stesen Petronas seluruh negara.

Dalam kempen itu nanti, Petronas akan menawarkan kopi dan snek percuma ketika pengguna jalan raya berehat sebelum memulakan perjalanan ke destinasi dituju.

Turut dianjurkan adalah program advokasi keselamatan jalan raya daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus (gambar) berkata, pihaknya mengingatkan pengguna kenderaan mengenai kepentingan keselamatan ketika berada jalan raya.

'Kami mahu setiap daripada mereka (pengguna kenderaan) sampai ke destinasi dengan selamat bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini.

'Sebagai sebahagian daripada acara tahunan, kempen Coffee Break akan dilaksanakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, Festival Tadau Kaamatan dan Hari Gawai," katanya.

Menurut Ibrahimnuddin, kebiasaanya jumlah pengguna kenderaan dilaporkan meningkat terutama ketika perayaan tersebut berlangsung.

Tambahnya, PDB berharap pelanggan tidak letih untuk meneruskan perjalanan dengan kewujudan kempen berkenaan.

Untuk makluman, antara rakan kongsi perniagaan yang terlibat menyokong kempen tersebut ialah Nestle Products Sdn. Bhd., Delfi Marketing Sdn. Bhd., Julie's Marketing Sdn. Bhd., Mondelez Malaysia Sales Sdn. Bhd., Munchworld Marketing Sdn. Bhd. dan Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd., Shopee Malaysia dan Dunkin Donuts.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web, www.mymesra.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…
Informasi
  Azfar berkata, "Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu hebat dan saya tidak dapat…