Petronas akan lancar RON97 baharu Sabtu ini

oleh SALINA JALIL|
Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive beserta tagar (hashtag) "bebaskan gerakmu" sememangnya mendapat liputan meluas apabila diperkenalkan pada bulan Januari awal tahun lepas.


Ia menjanjikan teknologi terkini yang memberikan perjalanan yang lebih lancar kerana pengurangan geseran pada bahagian enjin, membersihkan kotoran di bahagian enjin dan melindungi enjin dengan formula rumusan baru anti karat.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

 

Baru baru ini, Petronas telah berkongsi beberapa poster “A new power is coming”, paparan imej yang dapat diterjemahkan bahawa Petronas bakal melancarkan produk petrol baharu. 

 

Syarikat gas dan minyak nasional ini dijangka akan melancarkan petrol RON 97 baharu dalam talian pada hari Sabtu ini (19 Disember 2020) pada jam 3 petang dan akan diadakan secara langsung menerusi laman Facebook mereka.

 

Bahan api Petronas RON97 yang terbaharu ini adalah setelah lima tahun Primax 97 Euro 4M dengan Advanced Energy Formula diperkenalkan kerana sebelum itu pada tahun 2009, Petronas telah memperkenalkan Primax 97 Euro 2M.

 

Petronas juga turut memperkenalkan e-pembayaran melalui Setel di mana para pelanggan boleh membuat transaksi pembayaran tanpa tunai bukan hanya untuk bahan bakar, tetapi pembelian produk terpilih di Kedai Mesra Petronas yang juga menggunakan Setel Wallet.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Azrul Osman Rani, berkata prestasi terbaik dalam…
Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…