Petron, Tourism Malaysia lancar kempen Jom Jalan Jalan

oleh Mohamad Hanif|
Petron Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia melancarkan kempen 'Jom Jalan Jalan' bagi mempromosikan industri pelancongan domestik, seiring dengan pembukaan semula pergerakan merentas negeri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kempen ini dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato' Sri Nancy Shukri dan dihadiri oleh Pengurus Besar Petron Malaysia, Puan Faridah Ali.

Kempen yang berlangsung selama lima bulan ini memberikan peluang kepada 1,156 pemegang kad Petron Miles untuk mendapatkan pakej percutian selama tiga hari dua malam (3H2M) ke lokasi menarik di seluruh Malaysia.

Enam pemenang Hadiah Utama akan mendapat pakej percutian bernilai sehingga RM20,000 dari Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sepilok Forest Edge atau Culvert Santubong, wang tunai serta tajaan minyak Petron. Setiap pemenang Hadiah Utama boleh membawa enam hingga 10 orang ahli keluarga untuk menikmati pengalaman glamping.
 

petron


Sepuluh orang pelanggan juga akan memenangi pakej percutian bernilai RM5,000, wang tunai dan tajaan minyak secara bulanan bermula November 2021 hingga Mac 2022, dan setiap pemenang dibenarkan membawa sehingga empat orang ahli keluarga dan rakan-rakan.

100 orang lagi pemenang hadiah saguhati akan dipilih setiap bulan untuk menerima baucer penginapan hotal VIP Pass tujuh hari enam malam bernilai RM2,000, wang tunai RM300 dan mata ganjaran PMiles bernilai RM300. 1,000 orang pemenang mingguan pula akan membawa pulang mata ganjaran PMiles bernilai RM200 setiap seorang.

Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad Petron Miles, di mana penyertaan secara automatik apabila mereka berjaya membuat pembelian bahan api terkumpul bernilai RM250 dalam tempoh sebulan.

Kempen Jom Jalan Jalan ini bermula Oktober 2021 sehingga Mac 2022, dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman www.petronmiles.com.my

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Petron bekerjasama dengan syarikat platform kitar semula, Klean Malaysia untuk menggalakkan lebih…
Berita Domestik
Kerjasama tersebut termasuk pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran, dengan meneruskan…
Berita Domestik
Sebagai syarikat minyak pertama yang bekerjasama dengan PDRM, Petron kini mempunyai lebih 760…