Menurut Faridah Ali selaku Pengurus Besar Petron Malaysia berkata, "kami berasa gembira dapat menyokong organisasi-organisasi ini dalam membantu golongan barisan hadapan, komuniti yang memerlukan dan keluarga yang terkesan semasa pandemik ini.
"Kami berharap tajaan minyak ini dapat meringankan bebanan mereka dalam memenuhi misi-misi di waktu yang sukar ini.
Aktivis terkenal, Uncle Kuan dari Communitiy Policing Malaysia berkata, "sepanjang tahun, kami telah berjaya membantu orang ramai menerusi inisiatif Ambulans RM1 dan Teksi RM0.10, dan kami amat berterima kasih kepada Petron kerana inisiatif ini tidak dapat dijayakan tanpa tajaan minyak oleh syarikat tersebut.
Di bawah inisiatif MERCY Malaysia, mereka memberikan bantuan dan okongan perubatan serta kesihatan kepada masyarakat di malaysia dan juga di luar negara semenjak PKP tahun lalu.
Sementara NGO My Food Directory & Delivery COVID-19 (MFDDC19) yang bermula dari gerakan kumpulan warga prihatin di Facebook turut menerima tajaan minyak bagi membantu penghantaran makanan kepada komuniti B40 yang memerlukan.
Sehingga kini, MFDDC19 mempunyai lebih dari 90 penghantar sukarelawan yang bertugas di 70 kawasan di sekitar Lembah Klang.

Tambah Faridah, "kami ingin membantu kesemua organisasi ini dalam mengurangkan kos mereka, serta membantu lebih ramai komuniti selain menyokong pemulihan negara dan membantu meringankan beban mereka yang terjejas dengan pelbagai cara.