PETRON Malaysia perkenal Diesel Max Euro 5 baharu

oleh Mohamad Hanif|
Para pemilik kenderaan diesel di Malaysia kini boleh mendapatkan bahan api Petron Diesel Max Euro 5 baharu yang dirumus khas menggunakan formula TriAction Advantage, serta memenuhi syarat spesifikasi diesel Euro 5 yang lebih ketat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bahan bakar baharu yang lebih mesra alam ini menghasilkan pelepasan asap dengan kandungan sulfur yang rendah (10 ppm) berbanding 500 ppm pada Euro 2M Diesel sebelum ini.

Dengan sistem aditif TriAction Advantage, produk diesel baharu ini menjanjikan enjin yang lebih bersih, pembakaran yang lebih menyeluruh, serta memaksimumkan kecekapan enjin, selain menyumbang kepada penggunaan bahan api yang lebih ekonomi.

Selain daripada itu, ia juga membenarkan proses pembakaran yang lebih cekap, menambahbaik prestasi permulaan, serta meningkatkan kestabilan pengoksidaan dan perlindungan terhadap hakisan dan pembentukan fom diesel.

Menurut Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia berkata, "Petron Diesel Max Euro 5 ini membuktikan komitmen kami dalam menghasilan produk yang berkualiti tinggi, dan mesra alam. Pelanggan dapat menikmati pengalaman pemanduan yang lebih unggul, disamping memberikan penjagaan dan perlindungan yang terbaik terhadap kenderaan mereka.

Choong menambah, bahan bakar terbaharu Diesel Max Euro 5 ini boleh didapati di kesemua stesen minyak Petron di seluruh Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program yang berlangsung di stesen minyak Petron terpilih itu diadakan untuk memberi kesedaran…
Berita Domestik
Petron bekerjasama dengan syarikat platform kitar semula, Klean Malaysia untuk menggalakkan lebih…
Berita Domestik
Kerjasama tersebut termasuk pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran, dengan meneruskan…