Petron lancar rangkaian pelincir baharu 'Petron High Temperature Protection'

oleh Mohamad Hanif|
Petron Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan rangkaian produk minyak enjin dan produk pelincir khusus Petron High Temperature Protection (HTP) yang merangkumi minyak enjin, bendalir transmisi, minyak brek, minyak gear dan gris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pelincir enjin, Petron memperkenalkan Petron Blaze Racing THP dan Petron Rev-X Turbo HTP untuk enjin diesel. 

Dirumus dengan minyak asas berkualiti tinggi, Petron Blaze Racing HTP sintetik sepenuhnya menggunakan asas polyalphaolefin (PAO) yang menghasilkan pengoksidaan yang lebih baik dan kestabilan haba berbanding dengan minyak asas konvensional, serta dilengkapi dengan aditif yang tinggi untuk memenuhi kriteria yang lebih sukar dan ketat bagi enjin petrol berprestasi tinggi. 

Produk ini direka khas untuk melindungi enjin daripada kehausan dan hakisan bagi hayat enjin yang lebih lama, serta telah diperakui spesilikasinya dan memenuhi API SN, Kelulusan MB 229.5, Kelulusan MB 229.3, and Porsche A40. 
 


Manakala, Petron Rev-X Turbo HTP sintetik sepenuhnya disyorkan untuk enjin diesel turbo atau pengecas lampau yang berkuasa tinggi. 

Juga dirumuskan dengan PAO, minyak enjin diesel ini memberikan perlindungan enjin yang berpanjangan disebabkan oleh pengoksidaan dan kestabilan haba yang luar biasa serta menghalang 'soot’ dan deposit omboh silinder untuk kebersihan dan kecekapan enjin yang mantap. 

Petron Rev-X Turbo HTP diperakui spesitikasinya dan memenuhi APl CJ-4 I SN, MAN 3575, Cummins CES 20081, Kelulusan MB 228.31, Volvo VDS-4, dan Mack EO-O Premium Plus. 
 


"Kami terus memperkenalkan inovasi baharu dan membuat perubahan dalam penawaran produk kami sebagai sebahagian daripada janji kami untuk menyediakan produk petroleum berkualiti tinggi.

"Petron HTP dirumus khas untuk memberikan pembersihan enjin kecekapan dan perlindungan enjin yang lebih baik - sekaligus menawarkan pilihan yang unggul kepada pelanggan kami dari segi perlindungan dan prestasi yang lebih baik sena Iebih banyak penjimatan," kata Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron. 

Dengan formulasi seimbang Petron HTP, ia memberikan kestabilan maksimum, konsistesi dan kecekapan. lni adalah tawaran Petron untuk pertahanan terbaik terhadap suhu dan keadaan pemanduan yang melampau. 

Rangkaian produk Petron HTP adalah termasuk Blaze Racing HTP, Rev-X Turbo HTP, Gear Oil GHTP, Brake fluid HTP dan HTP Grease. 

"Produk ini menggariskan hasrat kami untuk menyediakan solusi kepada minyak pelincir yang terbaik untuk pelanggan kami yang dihargai. 
 


"Minyak enjin Petron HTP memenuhi kriteria yang paling ketat untuk enjin petrol dan diesel, dan memenuhi dan mengikut spesifikasi APl dan SAE. Kami juga memberi tumpuan kepada memberikan perlindungan terbaik kepada komponen kenderaan lain dengan pelancaran serentak HTP iaitu minyak gear, cecair brek dan gris,” kata Choong. 

Rangkaian produk Petron HTP yang lengkap boleh didapati di stesen minyak Petron terpilih di seluruh negara, kedai dalam talian Shopee, pengedar sah Petron dan bengkel.

Harga:

Blaze Racing HTP 0W-40 (4L) - dari RM265.00
Rev-X Turbo HTP 5W-40 (4L) - dari RM210.00
Petron ATF Premium HTP (1L) - dari RM37.60
Petron Brake Fluid HTP (0.25L) - dari RM10.90
Petron Grease HTP (0.5kg) - dari RM23.70