Petron kembali taja Formula 4 Asia Tenggara

oleh SALINA JALIL|
Selepas kejayaan musim Formula 4 Asia Tenggara (SEA), syarikat Petron Malaysia telah memperbaharui komitmennya dengan kembali sebagai penaja bahan api rasmi dan minyak enjin Kejuaraan F4 SEA.

Faridah Ali, Ketua Dagangan Runcit Petron berkata setelah menaja dua musim yang lepas telah membuktikan keunggulan kualiti minyak Blaze 100 Euro 4M dan minyak enjin Blaze Racing Fully Synthetic dalam menyediakan kereta Formula yang memerlukan kuasa tinggi dan kecekapan enjin responsif dan berbangga kerana kandungan oktan tinggi Blaze 100 dan minyak enjin Blaze Racing terbukti serasi untuk kenderaan Formula 4,

 

Petron mencipta sejarah melalui pelancaran petrol premium pertama 100 RON yang merupakan satu-satunya di pasaran Malaysia pada Januari 2016.

Pada tahun 2017, Petron mula menceburi sukan permotoran sebagai rakan kongsi bahan api rasmi dan rakan minyak enjin bagi Kejuaraan F4 SEA.   

F4 SEA diperkenalkan sebagai peralihan pemandu go-kart berusia 15 hingga 19 tahun ke dalam perlumbaan formula, memberikan mereka asas yang diperlukan untuk memasuki perlumbaan GT atau perlumbaan formula yang lain. Ia memfokuskan kepada pengalaman dan pembangunan pemandu dalam satu lapangan yang sama dengan menggunakan kereta dan enjin perlumbaan FIA-F4.

F4 SEA adalah sebagai langkah pertama untuk pemandu untuk mencapai Formula 1, telah membantu pemandu muda tempatan seperti Nazim Azman, Adam Khalid dan pendatang baru Muizz Musyaffa untuk meningkatkan permainan mereka dan memudahcarakan perkembangan mereka dalam sukan permotoran secara profesional.

"Kejuaraan ini telah berkembang dari tahun ke tahun dan mendapat pendedahan yang besar dan menarik minat di kalangan peminat perlumbaan. Kami sangat teruja dengan cara kejuaraan ini telah berkembang. Penajaan musim ini akan memperkukuhkan lagi penglibatan kami dalam pembangunan sukan permotoran di rantau ini, menjadikan jenama kami sinonim dengan kejohanan yang disahkan FIA ini," kata Faridah Ali.

 

petron F4 SEA

 

 

Kalendar 2018 F4 SEA bermula pada Julai di litar Sepang di Malaysia. Perlumbaan akan diteruskan di India dan Thailand seterusnya, kembali ke Malaysia untuk pusingan akhir.

Untuk mengiktiraf bakat muda dalam sukan permotoran di rantau ini, Petron juga merupakan penyampai Anugerah Gala MERITUS yang diadakan baru-baru ini di Bukit Jalil. Anugerah MERITUS dianjurkan untuk meraikan pemandu terbaik pada musim  2017 FIA F4/SEA. Muizz Musyaffa dan Nazim Azman mebawa pulang trofi Juara Rookie tempat ketiga dan anugerah Pemanduan Terbaik. Berikutan prestasi yang memberangsangkan pada musim lalu, Muizz telah dianugerahkan Biasiswa SIC untuk bersaing dalam F4/SEA musim 2018 yang bermula pada bulan Julai.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengembaraan ini mengumpulkan lebih 20 orang penulis media dan blogger untuk memandu sepanjang 280…
Berita Domestik
Kolaborasi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan tayar pada…
Berita Domestik
Sebanyak 100 pasukan peminat pemanduan esktrem 4x4 telah cuba mengatasi halangan-halangan seperti…