Petron bersama Honda Malaysia tawarkan pemeriksaan kereta percuma

oleh SALINA JALIL|
Petron Malaysia dengan kerjasama Honda Malaysia telah menawarkan pemeriksaan kereta 32-poin percuma buat pelbagai jenama kereta baru-baru ini. Inisiatif ini telah berjaya memeriksa 1,100 kereta di empat stesen minyak Petron yang terletak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.

Petron telah bekerjasama dengan Honda Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kereta secara percuma di stesen minyak Petron terpilih di negeri-negeri tersebut.

 

Lokman Hani, Ketua Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia berkata, "Kami dengan sukacitanya menawarkan perkhidmatan ini kepada para pelanggan bersama rakan kongsi, Honda Malaysia, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeriksaan kenderaan sebelum mereka memulakan perjalanan di atas jalan raya. 

 

"Dengan ini, kami berharap kemalangan jalan raya dapat dikurangkan terutamanya semasa musim perayaan, pemeriksaan mudah dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan tragedi kemalangan.

 

Pemanduan jarak jauh memerlukan lebih perancangan dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik. Kami berharap lebih ramai pengguna mengambil peluang dan membuat pemeriksaan kenderaan mereka," tambahnya lagi.


 

 

Stesen-stesen yang telah mengambil bahagian dalam kempen empat hari ini, bermula 1 sehingga 4 Ogos 2019 adalah:-

 

1. Petron Jalan Tengku Mizan di Kuala Terengganu
2. Petron Jalan Tengah di Georgetown
3. Petron Jalan Beserah di Kuantan
4. Petron Jalan Sentul di Kuala Lumpur.

 

Tahun lepas, Petron telah menjalankan 20 pemeriksaan keselamatan kereta kepada lebih daripada 3,800 kereta di beberapa stesen Petron, yang merupakan sebahagian daripada program Petron yang terlama tentang keselamatan jalan raya. 

 

petron

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara hospital yang telah menerima bantuan PPE termasuklah Hospital Selayang, Hospital Sg. Buloh,…
Berita Domestik
Dengan pelancaran "FUEL-Yoooh MyDebit Je with your ATM Card!", Petron berkerjasama dengan Payments…
Berita Domestik
Sebagai salah satu daripada Sukan Kenderaan Terlasak Sepuluh Teratas di Dunia, dikuasakan oleh…