“Sumbangan petrol percuma ini adalah hasil sumbangan Yayasan Pahang dan kakitangan yang menderma untuk program ini.
“Mereka ini adalah ‘unsung hero’ yang perlu diraikan dan kita harap bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka,”katanya selepas program ‘Free Petrol For Food Delivery Riders’ di stesen minyak Tanjung Lumpur, di sini, hari ini.
Beliau berkata sebanyak RM2,000 diperuntukan bagi program itu yang boleh memanfaatkan kira-kira 200 penghantar makanan.
Sementara itu, seorang penghantar bermotosikal, Saufi Naqman, 22, berkata, inisiatif Yayasan Pahang itu sangat membantu mereka menjimatkan perbelanjaan mengisi petrol sebelum ini yang mencecah RM15 sehari.
“Kami berterima kasih kepada Yayasa Pahang dan semua yang terlibat dalam program ini yang membantu meringankan beban kami yang turut terjejas akibat pandemik Covid-19,”ujarnya.