Petisyen 'Save SPAD' dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
Satu petisyen menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah dilancarkan awal hari ini.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Petisyen dalam talian bertajuk 'Save Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat' sehingga kini telah meraih 3,216 tandatangan sokongan pada 8 p.m semenjak ia dibuka sekitar 2 petang tadi. 

 


Dengan hashtag #solidarityforSPAD pada logo SPAD di change.org, kandungan petisyen dengan 269 patah perkataan yang ditulis dalam bahasa Inggeris menerangkan secara ringkas tentang fungsi dan sumbangan Suruhanjaya tersebut semenjak ia ditubuhkan lapan tahun lalu.

Menurut petisyen tersebut, "SPAD seharusnya dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa memandangkan sepanjang lapan tahun berkhidmat, mereka telah mengubah dan menambahbaik industri pengangkutan awam"

"Pengangkutan awam kini menjadi sesuatu yang boleh dipercayai masa kini, dan masyarakat menikmati apa yang mereka selama ini impikan bertahun lamanya," jelas kandungan petisyen tersebut. 
 


Menurut penyokong petisyen Bernard Suling dari Sibu: "SPAD telah menjalankan tugas mereka dengan baik di dalam menyelesaikan masalah pengangkutan awam dan dalam masa yang sama merancang pembangunan aliran alternatif kepada perkhidmatan sedia ada."

"Mereka tetap bekerja walaupun dengan sumber kewangan dan tenaga mahir yang terhad, kita seharusnya perlu memberikan mereka peluang," tambahnya. 


Manakala penyokong Muhammad Helmi Othman pula menyebut bahawa, "saya sendiri mendengar pengalaman daripada pengusaha bas ekspress bahawa SPAD benar-benar tegas di dalam menguatkuasakan apa yang telah diamanahkan kepada mereka." 


Petisyen Save SPAD boleh dilawati di alamat tertera di bawah.

https://www.change.org/p/government-of-malaysia-save-suruhanjaya-pengangkutan-awam-darat

Penulis: Shahrim Tamrin

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, Mohamad Yatim Nawawi, berkata tempoh…
Informasi
  "Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang…
Berita Domestik
sumber gambar: Harian Metro SPRM menjangkakan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam…