Beliau mengetuai kaedah pembangunan produk yang diterajui oleh reka bentuk (design led) Kia dalam tempoh lebih sedekad.
Usaha dan kepakaran beliau dapat dilihat pada transformasi dan kejayaan Kia di peringkat global pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Pengarang Autocar, Mark Tisshaw memberi ulasan yang menarik tentang Peter Schreyer seperti berikut:
"Hanya beberapa individu yang mempunyai kesungguhan dan keupayaan bagi mengubah laluan sebuah konglomerat kereta yang besar ke arah lebih baik.
"Itu yang dilakukan oleh Peter Schreyer pada tahun 2006 apabila beliau menerima jawatan sebagai Ketua Pegawai Reka Bentuk Kia.
"Untuk mengatakan beliau telah berjaya dalam misinya tidak sesuai.
"Jualan global Kia telah melonjak dari 1.6 juta kepada 3 juta di antara tahun 2009 dan 2016 dan sebahagian besar disumbang oleh tarikan reka bentuk model era Schreyer.
Portfolio beliau mewakili standard emas dalam kejayaan reka bentuk automotif dan beliau sememangnya layak untuk anugerah Seumur Hidup Autocar 2022."
Peter Schreyer dilahirkan pada tahun 1953 di Bad Reichenhall, Jerman dan mempunyai kareer menarik sebagai pereka automotif.
Beliau belajar di University of Applied Sciences di Munich dan Royal College of Art di London yang kemudian menganugerahkan beliau doktor kehormat pada tahun 2007.
Pada tahun 2006, beliau memulakan karier di Kia sebagai Ketua Pegawai Pereka Reka Bentuk.
Beliau bertanggungjawab dalam memperkenalkan arah reka bentuk baharu termasuk pengenalan identiti gril hidung harimau yang terus diguna sehingga hari ini.
Di antara hasil kerja beliau ialah Sportage generasi ketiga dan keempat, Stinger, K5 dan Telluride.
Beliau juga terlibat di dalam beberapa kereta konsep yang inovatif seperti Kia Kee (2007) dan Kia Pop (2010).
Pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Reka Bentuk Hyundai Motor Group dan sekarang ini sebagai Penasihat Eksekutif Reka Bentuk dan duta jenama kumpulan.
Sebelum berkhidmat bersama Kia, beliau bertanggungjawab dalam reka bentuk Audi TT, New Beetle, Golf Mk4 di dalam Audi dan Volkswagen Group.
Penulis: Muhammad Md Tajudin