Petak parkir sewa perlu dibuka kepada umum selepas 6.30 pm - MBPJ

oleh Mohamad Hanif|
Kesemua lot parkir sewa khas di dalam kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) perlu dibuka kepada umum selepas jam 6.30 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenyataan tersebut dibuat oleh penolong akauntan Perbendaharaan MBPJ, Zay Iskandar berkata, tanjakan kenderaan yang diletakkan oleh pengusaha bengkel pada lot parkir juga perlu dialihkan. 

Operasi penguatkuasaan tersebut dijalankan di SS21 Damansara Uptown, melibatkan hampir 15 buah lot kedai dan mendapati segelintir pemilik dan pengusaha bengkel meletakkan tanjakan besi secara kekal pada lot parkir tersebut. 

Terdapat juga pemilik yang sengaja mengecat warna merah pada lot parkir tersebut walaupun pada asalnya mereka tidak menyewa lot parkir tersebut. 

Ada sesetengah lot parkir sewa yang telah luput tempoh sewaan selama lebih dua tahun namun pemilik masih kekal menggunakan lot tersebut. 
 

sumber: Automachi

Malah, terdapat pemilik yang sengaja mengelirukan orang awam dengan mengecat kembali petak parkir tersebut dengan warna hitam untuk mengelakkan mereka meletakkan kenderaan di hadapan kedai mereka. 

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh orang awam yang mengadu kekurangan lot parkir di kawasan tersebut, oleh kerana kebanyakannya telah diambil alih secara haram oleh pemilik kedai yang berhampiran. 

Kadar sewaan bulanan bagi petak parkir bermula dari RM200 bagi bengkel kenderaan dan RM400 untuk kedai makan dan lain-lain - THE STAR

Sumber gambar: hotels.com dan Automachi.