Petak parkir pasukan United bagaikan pangkalan tentera!

oleh SALINA JALIL|
Kebanyakan pemain Manchester United memilih kenderaan bercirikan keselamatan berbanding reka bentuk sporti apabila ramai di antara mereka membeli Mercedes G-Wagon.


Meskipun nilai kenderaan berbentuk 'kereta kebal' itu dianggar berharga 100,000 pound (RM529,797) seunit, namun keunikannya jelas berbeza berbanding Lamborghini, Ferrari ataupun Aston Martin!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ini secara tidak langsung memperlihatkan petak parkir United di pusat latihan di Carrington tidak ubah seperti sebuah pangkalan tentera.

 

Dan James, Marcus Rashford, Phil Jones, Aaron Wan-Bissaka dan Luke Shaw kesemuanya dilihat keluar daripada kenderaan 'ala tentera' tersebut.

Phil Jones
Dan James

 

Situasi ini turut berlaku di kelab pasukan Liga Perdana yang lain dengan menyaksikan pemain Manchester City, Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling turut menggunakan kenderaan sama.

 

Pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk turut menggunakan kenderaan sama.

 

Seorang sumber United mengulas mengenai Rashford yang memandu G-Wagon berkata: "Ia kereta yang berprofil rendah tetapi ia menjadikan dirinya tampak lebih selamat.

 

Luke Shaw
Aaron Wan-Bissaka

 

"Beberapa pemain lain juga merasakan ia sebagai satu pilihan yang bagus dan apatah lagi kini petak parkir kelihatan seperti sebuah pangkalan tentera."

 

Bintang Hollywood lain yang turut kelihatan menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu adalah Kim Kardashian dan Holly Willoughby.

 

 

 

- the Sun