Peserta Perodua Eco Challenge bersedia hadapi cabaran industri

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perodua Eco Challenge (PEC) yang merupakan program tanggungjawab korporat Perodua kini telah memberikan impak positif kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi yang terlibat.

 

Institusi pengajian tinggi yang terlibat dalam PEC 2017 telah memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), di mana peserta telah bekerjasama dengan pasukan R&D Perodua serta vendor bagi menghasilkan komponen dan aksesori prototaip.

Perodua Eco Challenge

 

Pertandingan Perodua Eco Challenge ini direka untuk memberikan cabaran kepada peserta untuk menghasilkan produk atau penyelesaian yang relevan dengan keperluan industri dan kehendak pasaran.

 

Dalam satu majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Perodua, Bukit Beruntung hari ini, para pelajar yang menyertai PEC telah berkongsi pengalaman dan manfaat yang mereka peroleh menerusi PEC.

 

Menurut para peserta, mereka dapat membuat penyesuaian dan mempraktikkan segala ilmu teori yang dipelajari di kelas. Oleh itu, mereka dapat meningkatkan tahap keyakinan diri apabila memasuki alam pekerjaan nanti.

Perodua Eco Challenge

 

 

Maklumbalas dari Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati pelajar yang telah menyertai PEC kini memberi keutamaan kepada maklumat dari sumber pasaran dan industri dalam mencari penyelesaian kepada masalah.

 

Proses bimbingan yang diperolehi dari Pakar di Perodua telah membuka minda pelajar kepada teknik penyelesaian yang lebih sistematik.

 

 

Pihak Universiti Malaya juga kini lebih peka dalam merangka silibus yang lebih sedia pasaran bagi menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi.

 

Dengan pendedahan yang diperoleh menerusi program PEC, pelajar bukan sahaja mempamerkan kreativiti dalam bidang rekaan dan kejuruteraan, malah mereka juga dapat mengasah kemahiran dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

 

Secara tidak langsung, PEC telah membuka minda pelajar untuk tidak hanya bergantung kepada peluang pekerjaan yang ada di dalam industri, tetapi mencabar mereka untuk memulakan perniagaan dan mencipta inovasi.

 

Perodua Eco Challenge