Pesawat ‘terhenti’ di ruang udara? (video disertakan)

oleh SALINA JALIL|
Satu rakaman video memaparkan sebuah pesawat kelihatan tidak bergerak ketika terbang di udara mendapat perhatian netizen, manakala ramai cuba mengaitkan perkara itu dengan teori konspirasi, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Klip video itu mencatatkan lebih tujuh juta tontonan selepas dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @lesxbalboa dan Vibe Channel. Ia memaparkan pesawat tersebut yang berada dalam keadaan pegun di ruang udara.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Lebih mengejutkan, apabila melalui kawasan sama selang dua hari kemudian, dia mendakwa melihat pesawat tersebut masih berada di tempat sama dan tidak bergerak.

 

Kejadian pelik itu mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia dengan ada yang mengaitkannya dengan teori konspirasi seperti yang dipaparkan menerusi filem sains fiksyen popular, The Matrix.

 

Menurut mereka, manusia hidup dalam sebuah mesin esktradimensi merangkumi seluruh alam semesta.

 

Dakwaan itu disokong oleh be­berapa pengguna lain yang me­ngatakan bahawa kejadian pe­sawat pegun itu adalah bukti berlakunya gangguan dalam si­mu­lasi, sama seperti yang dipaparkan dalam filem The Matrix.

 

“Jangan risau. Sistem meng­alami sedikit gangguan. Kami akan melaporkan masalah ini,” tulis seorang pengguna.

 

Kejadian itu bagaimanapun mempunyai penjelasan saintifik, di mana ia berkemungkinan terjadi disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ilusi optik.

 

Menurut ajar.com, ilusi optik adalah ilusi yang menipu sistem penglihatan mata untuk melihat sesuatu yang tidak wujud, atau melihat sesuatu secara silap.

 

Keadaan seumpama itu pernah berlaku pada 2018 apabila sekumpulan penunggang motosikal di Moscow, Rusia me­nyangka mereka melihat sebuah pesawat di udara yang tidak bergerak.

 

Sebaliknya, perkara sebenar yang terjadi adalah pesawat itu terbang pada kelajuan perlahan ketika angin kencang bertiup pa­da arah bertentangan yang me­nyebabkannya ia kelihatan se­olah-olah tidak berge­rak.

 

Video disertakan di bawah ini:

 

 

 

 

 

– AGENSI

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak diketahui punca sebenar kenapa juruterbang itu terpaksa menggunakan kerusi anjal. Namun yang…
Informasi
  Menurut kenyataan itu ia akan melibatkan terbang lintas hormat beberapa pesawat helikopter…
Berita Global
  "Juruterbang PRC terbang terus di hadapan muncung RC-135 yang sedang menjalankan operasi selamat…