Pesawat terhempas dan hilang 80 tahun ditemui di pergunungan Himalaya

oleh SALINA JALIL|
Sebuah pesawat yang dilaporkan hilang hampir 80 tahun lalu selepas terhempas ketika Perang Dunia Kedua telah ditemui dekat kawasan pergunungan Himalaya yang terpencil di India, lapor laman berita Wion News semalam.

Pesawat itu dikatakan terhempas pada minggu pertama tahun 1945.

 

Penemuan serpihan pesawat itu dibuat oleh sebuah pasukan pencari di sebuah puncak gunung bersalji pada bulan lalu. 

 

Menurut laporan agensi berita AFP, pesawat pengangkut C-46 itu dikatakan membawa 13 penumpang dari bandar Kunming di selatan China. Ia tiba-tiba hilang ketika ribut yang berlaku di kawasan pergunungan di negeri Arunachal Pradesh, India.

 

Tiga pemandu arah yang terlibat dengan operasi pencarian dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami hipotermia iaitu suhu badan yang menurun pada peringkat awal projek itu dijalankan pada September tahun lalu.

 

Seorang pengembara dari Amerika Syarikat (AS), Clayton Kuhles dilaporkan mengetuai misi itu setelah mendapat kebenaran daripada anak kepada salah seorang anak kapal yang terlibat dalam kejadian itu bernama Bill Scherer.

 

“Pesawat itu sudah tidak pernah didengari sebelum ini. Ia hilang begitu saja,” jelas Kuhles ketika bercakap mengenai kejadian itu.

 

“Apa yang boleh saya katakan adalah saya sangat gembira hanya kerana dapat mengetahui keberadaannya. Saya membesar tanpa bapa,” Scherer memberitahu agensi berita AFP menerusi emel. 

 

“Saya fikir akan perasaan ibu saya yang menerima telegram mengenai kematian suaminya dan ditinggalkan dengan seorang bayi lelaki berusia 13 bulan, iaitu saya sendiri,” jelas beliau.

 

 

– Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Kami berada di peringkat akhir proses. Kami sedang melihat penggantian satu sama satu pada armada…
Berita Global
  Pesawat bernilai AS$200 juta (kira-kira RM838.5 juta) itu direka khas lengkap dengan pusat…
Berita Domestik
  "Sebaik kapten menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching…