Pesawat tergelincir kerana juruterbang sudah lama tiada 'penerbangan'

oleh SALINA JALIL|
Pada 15 September lalu, sebuah pesawat Indonesia yang membawa 307 penumpang dan 11 kru ke Medan tergelincir dari landasan, sehingga membawa kepada siasatan oleh pengawal selia keselamatan pengangkutan negara itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ia mendapati juruterbang itu mempunyai tempoh penerbangan kurang tiga jam sejak 90 hari sebelumnya. Pembantunya pula langsung tidak mempunyai sebarang jam penerbangan sejak 1 Februari lalu.

 

Insiden itu mencerminkan risiko baharu daripada pandemik COVID-19, iaitu juruterbang tidak mendapat peluang mencukupi untuk menerbangkan pesawat kerana syarikat mengecilkan operasi disebabkan kemerosotan permintaan bagi perjalanan udara.

 

Dalam laporan awalnya, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara Indonesia berkata, pandemik menyukarkan lagi untuk mengekalkan tahap kecekapan dan pengalaman juruterbang.

 

Pesawat Lion Air yang terbabit adalah Airbus SE A330, satu daripada 10 dalam angkatan pesawat sama milik syarikat penerbangan berkenaan.

 

Memandangkan Lion Air tidak mempunyai simulator bagi A330, juruterbangnya dilatih di kemudahan pihak ketiga terletak di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

 

Sekatan perjalanan COVID-19 menyukarkan lagi akses.

 

"Kekerapan menerbangkan pesawat akan mengekalkan minda anda dalam kokpit," kata perunding keselamatan penerbangan, Mohan Ranganathan, yang juga penasihat kepada Ketua Pengarah Penerbangan Awam India.

 

"Terlalu lama tidak menerbangkan pesawat akan menyebabkan kelalaian. Ditambah pula dengan kehilangan pendapatan, ketidaktentuan terhadap pekerjaan atau masa depan syarikat, semuanya memberikan tekanan tambahan. Dengan tahap tekanan yang bertambah, kecekapan akan merosot."

 

Syarikat analitik, Cirium, berkata hampir satu pertiga pesawat penumpang dunia kini kekal dalam simpanan, diletakkan di tengah-tengah Australia dan Padang Pasir Mojave di Amerika Syarikat (AS).

 

Walaupun terdapat pemulihan perjalanan domestik di pasaran lebih besar seperti China, trafik antarabangsa masih jauh daripada paras pra-pandemik berikutan sekatan sempadan dan kuarantin mandatori.

 

Ribuan juruterbang diberhentikan kerja atau diberikan cuti, manakala yang masih bekerja kurang menerbangkan pesawat kerana permintaan terlalu sedikit.

 

plane crash

 

Kemahiran 'berkarat' juruterbang juga dipetik oleh pegawai keselamatan penerbangan utama Eropah sebagai faktor kemungkinan nahas pesawat Pakistan International Airlines Corp (PIA) di Karachi pada Mei lalu yang mengorbankan 97 orang.

 

"Juruterbang didapati tidak secekap seperti mana mereka sepatutnya mengendalikan pesawat," kata Pengarah Eksekutif Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah, Patrick Ky pada September berhubung penerbangan PIA itu.

 

"Jika anda tidak menerbangkan pesawat selama tiga bulan, enam bulan, anda perlu dilatih semula supaya kembali kepada asal."

 

 

-Bloomberg

Berita Berkenaan

Informasi
  “Lion Air mencatatkan tahap ketepatan masa hanya 42.27 peratus dengan kadar pembatalan…
Berita Domestik
  “Selamat kembali Lion Air atau kod JT ke KLIA! Ia bakal mengendalikan penerbangan harian…