Pesawat South Sudan Airlines terhempas, 10 maut

oleh SALINA JALIL|
Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir, semalam mengarahkan sebuah syarikat penerbangan digantung selepas satu daripada pesawatnya terhempas di timur negara itu dan mengorbankan sepuluh penumpang termasuk kedua-dua juruterbang.


Pesawat milik South Sudan Supreme Airlines itu terhempas di Jonglei Selasa lalu, sejurus selepas berlepas dari Pieri untuk kembali ke Juba.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Juba berkata, semua 10 penumpang dalam penerbangan itu maut dan penyiasat sudah menemukan kotak hitam dan sedang menyiasat punca kemalangan.

Kiir mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengarahkan kementerian pengangkutan negara itu untuk menggantung South Sudan Supreme Airlines bagi 'memastikan kelayakan udara' pesawat lain.

 

"Ini juga adalah langkah yang diperlukan untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap perjalanan udara di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

 

Pengarah South Supreme Airlines, Ayii Duang Ayii, memaklumkan kepada AFP semalam yang 'pesawat itu meninggalkan Pier dengan baik, mendarat dengan baik dan ketika berlepas kembali ke Juba, ia terhempas'.

 

 

 

- AFP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat masih belum dikeluarkan dari serpihan…
Berita Domestik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat ringan model BK 160 Gabriel…
Berita Domestik
Berdasarkan analisis visual dan pemerhatian oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) MOT, hujung…