Pesawat ringan terhempas, dua tersepit

oleh Hamimah Hamid|
DUA individu tersepit apabila sebuah pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng, Ipoh, malam ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.10 malam.

"Setiba di tempat kejadian, pasukan mendapati sebuah kapal terbang bersaiz kecil terhempas.

“Terdapat dua mangsa di dalam pesawat ringan tersebut,” katanya.

Menurut Azman, operasi mengeluarkan mereka sedang dijalankan.

Video viral oleh netizen dibawah.