Pesawat ringan terbabas, juruterbang pelatih wanita cedera ringan

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Seorang juruterbang pelatih wanita cedera ringan selepas pesawat ringan dikendalikan bagi latihan penerbangan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, juruterbang berusia 28 tahun yang mengendalikan pesawat jenis Diamond-14 itu cedera ringan di pinggang dan lutut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.15 malam.

"Seramai 13 anggota dan empat jentera termasuk masing-masing sebuah jentera tangki air dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi.

 

"Setiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah pesawat latihan jenis Diamond-14 yang tergelincir dari landasan ketika melakukan pendaratan," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

 

Sayani berkata, seorang mangsa mengalami kecederaan ringan dan dikeluarkan oleh anggota Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) sejurus ketibaan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi.

 

"Pasukan bomba masih membuat pemantauan manakala mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…