Pesawat ringan mendarat cemas di KM47.8 (arah selatan) di Lebuh Raya PLUS

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa sebuah pesawat ringan telah melakukan pendaratan cemas di lebuh rayanya berhampiran Sedenak pagi ini ekoran masalah teknikal.
Modenas

 

Pusat Kawalan Trafik (TMC) PLUS mendapat maklumat tentang kapal terbang hilang dari radar di Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Senai pada jam 10:55 pagi dan memohon PLUS memantau kawasan lebuh raya untuk memberikan bantuan sekiranya perlu. 

 

Pada jam 10:56 pagi, TMC telah mendapat panggilan daripada pengguna lebuh raya mengenai kehadiran sebuah pesawat ringan di lebuh raya di KM47.8 (arah selatan) dan bergegas menghantar pasukan PLUSRonda untuk memberi bantuan sambil menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

 

Sejurus tiba di lokasi, pasukan PLUSRonda telah membantu untuk menguruskan trafik serta menyediakan zon selamat dan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan pihak Polis.

 

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dan pesawat tersebut telah berjaya dialihkan ke kawasan yang selamat berhampiran lokasi kejadian dengan kebenaran CAAM dan perjalanan trafik kembali lancar dan terkawal.

 

Add new comment