Pesawat polis Thailand terhempas, enam anggota maut

oleh Penyumbang Rencana|
foto Bernama
Sebuah pesawat kecil polis terhempas berhampiran pantai bandar peranginan Hua Hin, wilayah Phetchaburi, Thailand pada Jumaat, mengorbankan enam orang, menurut polis Thailand.

Polis negara Thailand menyatakan di laman media sosial bahawa pesawat dari bahagian penerbangan polis itu terhempas ke laut sejurus selepas berlepas, dengan kesemua enam orang di dalam pesawat terbunuh, lapor Xinhua.

Menurut polis kemalangan itu berlaku semasa pesawat sedang menjalankan ujian penerbangan untuk latihan payung terjun. Punca kemalangan akan disiasat.

Pusat Kecemasan Polis wilayah Phetchaburi berkata mereka menerima pemberitahuan mengenai insiden pesawat itu pada kira-kira 8.15 pagi.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sebanyak 10 saman pula atas kesalahan penggunaan aksesori tidak dibenarkan," katanya dalam…
Berita Domestik
Menurutnya, penutupan laluan ini telah diwartakan di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987…
Berita Domestik
"Kejadian berlaku pada jam 5.40 petang Khamis apabila suspek gagal memberikan kerjasama untuk…