Pesawat peninjau terhempas, 7 kakitangan keselamatan Turki terbunuh

oleh SALINA JALIL|
Agensi berita Anadolu telah memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri, melaporkan bahawa sebuah pesawat peninjau itu terhempas di wilayah Van, Angkara, Turki.


Nahas pesawat peninjau di timur Turki hari ini mengorbankan tujuh anggota kakitangan keselamatan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Gabenor wilayah terbabit, Mehmet Emin Bilmez, menyatakan penghargaan kepada tujuh 'hero' berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga mereka.

 

Tambah beliau, pihak kerajaan sudah memulakan siasatan berhubung tragedi itu.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa komunikasi dengan pesawat yang membawa dua juruterbang dan lima "kakitangan teknikal" - telah hilang sekitar jam 10.45 malam pada hari Rabu, katanya lagi, sambil menambah bahawa ia telah terhempas pada ketinggian 2,200 m.

 

Sebelum ini, dua juruterbang Turki telah meninggal pada tahun 2018 ketika sebuah pesawat latihan tentera terhempas semasa latihan di wilayah barat Izmir.

 

Provinsi Van yang terpencil dan bergunung di sempadan timur Turki dengan Iran dilanda dua runtuhan salji pada bulan Februari yang mengorbankan 41 orang.

 

Awal bulan itu, gempa bumi berkekuatan 5.7 magnitud di Iran yang berjiran mencederakan puluhan penduduk di wilayah itu.

 

 

 

channelnewsasia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penerbitan EAD oleh EASA adalah ekoran kemalangan maut membabitkan pesawat…
Berita Domestik
Dalam insiden jam 1.45 tengah hari itu, juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu…
Berita Global
Menerusi perkongsian rakaman kejadian di media sosial, pesawat itu dilihat dijilat api dan…