Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan asap hitam tebal menjulang di belakang kawasan landasan yang berpagar.
"Satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kemalangan," kata IAF melalui kenyataan.
Kejadian itu adalah yang kedua membabitkan nahas pesawat pejuang berkenaan, yang dikuasakan oleh enjin General Electric GE.N dan menjadi aset penting dalam usaha India memodenkan armada udara yang sebahagian besarnya terdiri pesawat buatan Russia dan bekas Soviet.
Nahas pertama berlaku ketika satu latihan di India tahun lalu.
Kerajaan Dubai turut berkongsi foto pasukan bomba menyembur air ke atas serpihan pesawat yang masih berasap, dengan pasukan kecemasan kini dimaklumkan mengurus situasi di lokasi kejadian.
Nahas berlaku pada hari terakhir pameran udara berkenaan, yang juga acara penerbangan terbesar di Asia Barat yang bermula Isnin lalu.