Pesawat MASwings tergelincir: Juruterbang, penumpang selamat

oleh SALINA JALIL|
Sebuah pesawat ringan terbabas ke dalam longkang selepas tergelincir dari landasan ketika mendarat di Long Seridan di Miri pagi semalam.


Pesawat Twin Otter DHC-6 milik anak syarikat Malaysia Airlines, MASWings itu berlepas dari Marudi sekitar jam 10.02 pagi.
Modenas

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin, berkata juruterbang, pembantu juruterbang bersama dua penumpang yang menaiki penerbangan MH3622 itu tidak cedera.

 

"Saya telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif MASWings, Aminuddin Zakaria dan beliau mengatakan bahawa siasatan terhadap insiden itu sedang dijalankan.

 

Saya juga diberitahu bahawa semua penumpang di dalam pesawat termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang selamat tanpa sebarang kecederaan.

 

"Pesawat tergelincir ketika mendarat di landasan yang basah setelah hujan pagi ini," katanya yang dihubungi hari ini.

 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala juga menyatakan kesyukuran kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

 

"Syukurlah penumpang dan kedua juruterbang selamat tanpa cedera," katanya.

 

Justeru, beliau berharap MASWings akan membuat siasatan menyeluruh terhadap kejadian itu.

 

"Siasatan juga harus difokuskan pada bagaimana menghindari insiden serupa di masa depan kerana sebelum ini ada insiden sama membabitkan pesawat Twin Otter MASWings di landasan Marudi dan Bario," katanya.

 

Sementara itu, MASWings dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan mengatakan pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dalam siasatan.

 

 

BH

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii…