Pesawat Lionair terbakar dan meletup, lapan maut

oleh SALINA JALIL|
Manila, Filipina: Sebuah pesawat Lionair terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) pada jam 8 malam Ahad waktu tempatan, sekali gus mengorbankan semua lapan orang di dalamnya, lapor media Filipina.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lionair, merupakan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Filipina, dan berbeza dengan syarikat Lion Air, iaitu syarikat penerbangan tambang rendah dari Indonesia.


Pesawat RPC 5880 itu membawa lapan penumpang yang terdiri daripada anggota perubatan, jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit warga Kanada dan teman pesakit warga Amerika.


Difahamkan menurut laporan awal, pesawat yang mahu berlepas ke Jepun itu digunakan sebagai ambulans udara oleh Jabatan Kesihatan Filipina, dan sebagai aset penting dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.


Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan negara itu kemudian mengeluarkan kenyataan yang antara lain menafikan pesawat itu digunakan untuk membawa bekalan perubatan ke lokasi penularan wabak COVID-19 di Filipina.

 

“Landasan itu ditutup sementara, pasukan penyiasat daripada Lembaga Siasatan Kemalangan Pesawat, Pihak Berkuasa Penerbangan Filipina sedang mengenal pasti punca kejadian,” ujar satu kenyataan rasmi daripada Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA).

 

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.02 malam waktu tempatan.

Senator Richard Gordon, yang merupakan Pengerusi Palang Merah Filipina mengesahkan kejadian tersebut menerusi akaun Twitternya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Domestik
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan laporan mengenai…
Berita Domestik
Landasan itu ditutup dari jam 1.15 pm hingga 4.15 pm untuk mengalihkan pesawat jenis Beechcraft…