Pesawat Buddha Air mendarat di lapangan terbang salah

oleh SALINA JALIL|
Penumpang sebuah pesawat penerbangan Buddha Air tergamam selepas mendapati juruterbang mereka mendarat di lapangan terbang lain, kira-kira 257 kilometer dari destinasi asal.


Pesawat Buddha Air jenis ATR 72 yang membawa seramai 69 penumpang itu sepatutnya terbang ke arah selatan menuju Janakpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di sini pada Jumaat lalu, lapor akhbar Daily Mail
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagaimanapun, kapal terbang itu dilaporkan terbang ke arah barat laut sebelum mendarat di Pokhara, tengah Nepal. Sebaik mendarat, semua penumpang kelihatan bingung ketika melihat ke arah luar tingkap pesawat kerana merasakan berada di bandar berbeza.

 

Kesilapan arah penerbangan itu dipercayai berlaku akibat salah faham.

 

“Ada salah faham komunikasi antara staf di lapangan dan juruterbang.

 

“Juruterbang pula tidak melihat maklumat lengkap penerbangan sebelum berlepas,” kata seorang pegawai syarikat penerbangan itu kepada akhbar The Kathmandu Post.

 

Insiden tersebut berlaku apabila penerbangan ke Pokhara terpaksa ditangguhkan sehingga pukul 3 petang (waktu tempatan) disebabkan angin kencang.

 

Ia mengakibatkan syarikat tersebut menukar nombor penerbangan dan memindahkan kesemua 69 penumpang yang sepatutnya akan ke Janakpur menaiki pesawat yang diberi kebenaran menara kawalan untuk berlepas ke Pokhara.

 

Semua urusan kertas kerja dilakukan dengan tepat tetapi staf di lapangan dan pramugari gagal memberi penerangan kepada juruterbang mengenai perubahan nombor penerbangan.

 

Juruterbang tersebut pula tanpa bertanya terus menerbangkan pesawat itu menuju ke Pokhara mengikut perancangan asal. 

 

 

CNN/Kosmo